Selamat Datang! AhlanWasahlan!
Ke Laman Web Umrah Ziarah Dot Com
bagi pakej UMRAH & ZIARAH kelolaan
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Dibawah bimbingan : Dato' Ustaz Hj Md Daud Che Ngah
______________________________


Andalusia mempunyai seramai 2500 jemaah umrah. Bagi menyusun penempatan penginapan jemaah yang mencukupi, Andalusia telah menambah lagi 4 bangunan sebagai penginapan tambahan dari hotel sedia ada 4 bangunan. 

Sila klik tajuk untuk maklumat selanjutnya.

GULF AIR TO CLOSE ROUTES FOR COMMERCIAL REASONS
 
- Airline to focus on higher traffic routes - 
Manama, Bahrain 14 Feb 2012: Bahrain’s national carrier Gulf Air is announcing the closure of its services to four destinations; Damascus, Athens, Milan and Kuala Lumpur. Services to Damascus will be stopped from 02 March while flights to Athens and Milan will be stopped from 12 March and Kuala Lumpur will be from 25 March 2012. This follows the announcement of the closure of Entebbe and Geneva routes earlier this month. (Berita seterusnya Klik Di sini)

Hotel Pajakan Andalusia di Makkah Dirobohkan
Dimaklumkan bahawa pada 15 Muharram 1433H, hotel-hotel di Makkah yang dipajak oleh Andalusia, Hijjaz Palace dan Abeer Garden di kawasan Misfalah akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Pembesaran Masjidilharam Fasa ke 3. Kedudukan hotel-hotel bertaraf ekonomi yang berhampiran Masjidil Haram selepas perobohan tersebut adalah dijangka melebihi jarak di antara 450 hingga 600 meter. Sila baca maklumat seterusnya klik di sini.

_________________________________________

NOTIS
Ini adalah laman web yang dikelolakan oleh agen pemasaran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd iaitu MOHD HASHIM OMAR. Beliau boleh dihubungi di alamat berikut ini. Klik di sini.

Umrah 24 April - 7 Mei 2011 - SAUDI

Assalamualaikum Andalusia dan Semua kakitangan

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya menjadi tetamu Allah SWT dan tetamu Rasullullah SAW di Tanah Suci. Saya menyertai rombongan Umrah 24/04/2012-07/05/2012 (SV). Alhamdulillah di sini saya ingin meluahkan rasa sukacita dan penghargaan kepada pihak Andalusia serta kakitangan di Malaysia, Kota Suci Mekkah serta di Madinah Al-Munawwarah yang menguruskan perjalanan Umrah tersebut dengan baik dan cemerlang.

Saya juga berterima kasih kepada pihak Andalusia terutamanya kepada semua Mutawiff kerana sepanjang tempoh di sana, kami menerima layanan dan urusan yang amat baik. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Andalusia diatas pengurusan yang cekap dan memuaskan.

Ramlah Md Salleh


Umrah Ziarah

Assalamualaikum w.b.t, terlebih dahulu saya bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana telah memberi peluang kepada saya untuk pergi kerumahNYA dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Saya juga berterima kasih kepada syarikat Andalusia kerana telah memberikan 1 perkhidmatan dimana saya boleh menjejak kaki ke tanah suci.walaupun masa singkat pihak syarikat telah berusaha memberi yang terbaik dengan adanya mutawwif yang berpengalaman dan bertanggungjawab menjaga kami di sana.Di kesempatan ini juga saya banyak2 berterima kasih kepada Mutawwif Ustaz Faizal yang begitu bersungguh2 yang boleh dijadikan teman yang banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang  saya tidak dapat lupakan.Sekali lagi syabas Andalusia.

Nor Helmy Mustapha


Umrah Ziarah Istanbul RJ 9 Mac 2012

Assalamualaikum Tuan Admin.

Alhamdulillah di ucapkan kerana saya sekeluarga dan rakan didalam rombongan RJ 09 Mac yang telah di ketuai oleh Tuan Haji Azeman Abdul Razaq telah selamat pergi dan balik dengan keadaan yg amat memuaskan. Pengendalian dan Pengurusan pihak Andalusia dari permulaan pendaftaran,perlepasan yang amat berkesan tidak dapat kami nafikan lagi.Sikap para jemaah RJ 09 Mac juga sudah seperti saudara sentiasa mengambil berat diantara satu sama lain. Kerjasama yang diberikan kepada Tour Manager Hj Azeman amatlah ketara sekali. Pemandu pelancung di Istanbul dan di Amman amat baik sekali. Yang lebih bermakna Mutawif Andalusia Ustaz Muhamad Kholdun yang membimbing ibadah UMRAH dari mula hingga akhir dan mengetuai ziarah dalam dan luar dia dua Tanah Haram walaupun ada beberapa tempat yg tidak dapat dilawati atas sebab-sebab keselamatan.

Bagi keluarga saya ini adalah kali kedua menggunakan khidmat Andalusia ( pertama SV13 Mac 2011) amat berpuas hati dengan pengurusan Andalusia. Untuk rakan-rakan yang bersama dengan jamaah ini saya mengucapkan terima kasih. Bersama ini ada beberapa gambar kenangan bagu kumpulan RJ 09 Mac 2012.

Gambar kenangan: 1,2,3,4,5

Hj Mohd Zawahi Hj Badaruddin
Hjh Jamaliza Hj Sidek
Nur Amirah Azizah Hj Mohd Zawahi
Muhammad Aminuddin Hj Mohd Zawahi

Ipoh Perak.

 


Umrah 17 Feb 2012 SV

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya dan ibu telah selamat menunaikan ibadah umrah dibawah kelolaan dan bimbingan Andalusia Tavel and Tours. Alhamdulillah ibadah kami berjalan lancar dan kami berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dari pihak Andalusia. Syabas kerana mempunyai mutawif2 yang bertanggungjawab, berdedikasi dan yang paling terkesan kepada jemaah (termasuk saya dan ibu) ialah dengan perkongsian ilmu agama mereka yang tinggi. Alhamdulillah.... Syabas diucapkan kepada seluruh warga Andalusia yang terlibat dan semoga pihak Andalusia akan terus memantapkan perkhidmatan dan dikurniakan keberkatan atas usaha murni yang diredhai Allah. Ameen..

Dr Rizawati Ramli
Puan Che Puan Othman (Ibu)
Kuala Lumpur


Umrah 8 - 21 Februari 2012 SV

Saya bersyukor ke hadrat Ilahi kerana menerima saya dan suami menunaikan umrah dan ziarah pada 8 - 21 Februari 2012 dengan penerbangan SV8. Perjalanan yang direstui sungguh mudah  dan  pihak Andalusia telah menyediakan kemudahan penginapan, makan, pengangkutan yang selesa  yang lebih dari cukup untuk kita merebut peluang mengabdikan kepada Ilahi  selepas sibuk dengan kerja yang tak pernah habis. Saya juga bersyukor mendapat seorang mutawif  iaitu Us. Yunus  yang sangat penyabar dan tinggi ilmu yang membimbing  kami mengerjakan umrah dengan penuh syahdu serta memberi maklumat  yang jelas dan mudah difahami. Begitu juga  dengan mutawif lain yang sentiasa memberi maklumat dari semasa kesemasa.

Sekiranya mendapat peluang lagi saya akan menggunakan Pakej Andalusia dan mencadangkan kepada sahabat /jiran  untuk turut serta menunaikan ibadat. umrah dan ziarah di masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak Andalusia yang telah menjayakan perjalanan  kami .  

Sahifah binti Hj. Mahamud

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 >>

___________________________________________________

Ingin berkongsi pengalaman anda? emailkan kepada kami gambar dan pengalaman anda tidak lebih dari 50 patah perkataan kepada admin@umrah-ziarah.com
_________________________________________________________





hingga





Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9, Jalan Belangkas, Off Jln Kg Pandan
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
No Tel: 03-9283 1588 Fax: 03-9283 7566
 
Waktu Pejabat : 9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin - Jumaat)
9.00 pg - 1.00 th (Sabtu - Ahad)
Kursus juga diadakan di alamat di atas pada setiap Sabtu & Ahad 9.00pg - 1.00th 

Cawangan

MELAKA

TEL:06-2882815 & 06-288 2816

KELANTAN

Tel: 09-7416 290
09-7416 291 

JOHOR BHARU

TEL:07-232 5633/2325624

KUANTAN

09-560 3266

 


 

 






 
close Don't Show Again VCD Panduan Mengerjakan Umrah