Visa umrah mula keluar Ahad
11-02-2011Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
2011/02/11
Masalah teknikal sistem bayaran punca Arab Saudi beku pengeluaran
KUALA LUMPUR: Visa untuk mengerjakan umrah di Makkah yang dibekukan sejak Disember lalu akan dikeluarkan semula Kerajaan Arab Saudi mulai Ahad ini.
Pembekuan visa itu berpunca daripada masalah teknikal pada sistem pembayaran syarikat dilantik Kementerian Haji Arab Saudi yang bertanggungjawab menguruskan sistem pembayaran visa umrah.
Presiden Al Hussam Co iaitu syarikat dilantik Kerajaan Arab Saudi mengendalikan visa umrah, Khalid A Khogeer, berkata masalah teknikal itu menyebabkan segala urusan pembayaran tidak dapat dilakukan.
“Masalah teknikal akan selesai dan Ahad ini insya-Allah visa umrah dikeluarkan untuk jemaah dari Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Al Hussam Co yang beribu pejabat di Jeddah, berpengalaman lebih 40 tahun dalam penyediaan perkhidmatan haji dan umrah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Ayub Hassan, berkata bakal jemaah tidak harus menuding jari kepada ejen pelancongan berikutan kelewatan yang dihadapi.
Berikutan kelewatan itu, katanya, terdapat satu atau dua rombongan jemaah yang dijadualkan berlepas pada minggu ini terpaksa ditunda kepada tarikh lain.
“Setakat ini masih belum ada jemaah yang terkandas kecuali kelewatan berikutan tidak mendapat visa umrah.
“Umat Islam dinasihat menggunakan perkhidmatan serta pakej umrah ejen berdaftar dan menandatangani kontrak dengan ejen mengendalikan umrah di Arab Saudi,” katanya.
Ayub berkata, setakat ini 30 syarikat atau ejen di Malaysia menandatangani perjanjian dengan muassasah Arab Saudi dan layak menguruskan jemaah umrah.
Jemaah yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ejen boleh menghubungi BUMITRA di talian 03-4042 8211 atau melayari laman www.bumitra.org.my.
Berita Lain
- Syarat Terbaru Yang Dikenakan Oleh Kedutaan Arab Saudi
- 58 new aircraft boost Saudia services
- PENJELASAN BERITA
- PEMBATALAN PAKEJ AKIBAT PENOLAKAN VISA KEPADA JEMAAH WANITA / LELAKI BAWAH UMUR TANPA MAHRAM
- PERATURAN PERMOHONAN VISA
- Saudi Arabian Airlines told to pull up its socks
- Umrah season begins
- No plans to halt Umrah visas in 2013
- Tarikh Cuti Sekolah 2013
- Berita Baik Terkini
- Berpuasa dan beraya di Mekah
- SELAMAT MENYAMBUT KEDATANG RAMADHAN AL MUBARAK
- Egypt Air: Air Zam-Zam 5 Liter
- Notis Masalah Ketibaan dan Kepulangan Di Terminal Haji Jeddah
- Notis Pengumuman: Penginapan Hotel Di Makkah Cuti Sekolah Mei / Jun 2012
- Gulf Air To Close Routes For Commercial Reasons
- Hotel Pajakan Andalusia Akan Dirobohkan
- Visa umrah mula keluar Ahad

