Hotel Pajakan Andalusia Akan Dirobohkan
06-12-2011
06 Disember 2011
Dimaklumkan bahawa pada 15 Muharram 1433H, hotel-hotel di Makkah yang dipajak oleh Andalusia, Hijjaz Palace dan Abeer Garden di kawasan Misfalah akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Pembesaran Masjidilharam Fasa ke 3. Kedudukan hotel-hotel bertaraf ekonomi yang berhampiran Masjidil Haram selepas perobohan tersebut adalah dijangka melebihi jarak di antara 450 hingga 600 meter.
Sehubungan itu, Andalusia telah menandatangani Perjanjian Pajakan dengan hotel Al Haram Towers (Burj al Haram) di kawasan Ajyad dengan jarak lebih kurang 450m bagi menggantikan kedua-dua hotel yang dirobohkan tersebut. Al Haram Towers adalah hotel ekonomi bertaraf 2 bintang terletak di kawasan landai (tidak perlu mendaki bukit) dengan kapasiti muatan 202 bilik (757 orang) pada satu-satu masa.
Oleh yang demikian, semua jemaah yang telah mendaftar bagi penerbangan SV (Saudia), MH (Malaysian Airlines), RJ (Royal Jordanian), TK (Turkish Airlines) dan MS (Egypt Air) dan lain-lain, penempatan yang disediakan adalah mengikut kekosongan hotel-hotel berikut:-
1. Hotel Al Haram Tower, Ajyad ( +/- 450 m )
2. Hotel Royal Sultan, Ajyad ( +/- 350 m )
3. Hotel Manazel al Walid, Ajyad ( +/- 400 m )
4. Lain-lain hotel setaraf ( +/- 500 m )
Bagi jemaah GF (Gulf Air) yang telah dijual mengikut Hotel Thrawat Mensia (+/- 580 m), akan kekal ditempatkan di hotel tersebut atau setaraf 580 – 680 meter.
Dimaklumkan juga bahawa, Andalusia tidak akan mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada jemaah yang telah berdaftar walaupun harga sewa hotel naik bertambah tinggi akibat dari projek pembesaran Masjil Haram, melainkan bagi jemaah baru yang akan berdaftar pada atau selepas 1hb Jan 2012.
Bagi jemaah yang tidak bersedia untuk tinggal di hotel ekonomi seperti jarak yang dinyatakan di atas, jemaah boleh menghubungi Andalusia untuk mendapatkan sebutharga baru bagi hotel bertaraf 5 bintang yang lebih dekat dengan Masjidil Haram seperti Makkah Hilton Towers, Movenpick, Zam Zam Tower, Dar Al Ghufran, Al Marwa Raayhan Rotana, Safwah International, Royal Iman atau setaraf dengan harga yang lebih tinggi yang dianggarkan pada harga minima melebihi RM9,000.00 seorang.
Sekian untuk makluman.
Pengurusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Berita Lain
- Kuota Haji Malaysia Kurang 20 Peratus Tahun Ini
- Lanjutan masalah visa umrah- masa sah visa 15 Hari
- Tempoh visa umrah dihad 14 hari
- AIRASIA X TO LAUNCH KUALA LUMPUR - JEDDAH, SAUDIA ARABIA ROUTE
- Syarat Terbaru Yang Dikenakan Oleh Kedutaan Arab Saudi
- 58 new aircraft boost Saudia services
- PENJELASAN BERITA
- PEMBATALAN PAKEJ AKIBAT PENOLAKAN VISA KEPADA JEMAAH WANITA / LELAKI BAWAH UMUR TANPA MAHRAM
- PERATURAN PERMOHONAN VISA
- Saudi Arabian Airlines told to pull up its socks
- Umrah season begins
- No plans to halt Umrah visas in 2013
- Tarikh Cuti Sekolah 2013
- Berita Baik Terkini
- Berpuasa dan beraya di Mekah
- SELAMAT MENYAMBUT KEDATANG RAMADHAN AL MUBARAK
- Egypt Air: Air Zam-Zam 5 Liter
- Notis Masalah Ketibaan dan Kepulangan Di Terminal Haji Jeddah
- Notis Pengumuman: Penginapan Hotel Di Makkah Cuti Sekolah Mei / Jun 2012
- Gulf Air To Close Routes For Commercial Reasons
- Hotel Pajakan Andalusia Akan Dirobohkan
- Visa umrah mula keluar Ahad

