Notis Pengumuman: Penginapan Hotel Di Makkah Cuti Sekolah Mei / Jun 2012

19-05-2012

Terlebih dahulu pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih pakej Andalusia untuk menguruskan perjalanan Tuan / Puan ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah bagi menunaikan ibadah umrah cuti sekolah Mei dan Jun 2012. 

Dimaklumkan bahawa pada musim cuti sekolah  2012 ini, Andalusia mempunyai seramai 2500 jemaah umrah. Bagi menyusun penempatan penginapan jemaah yang mencukupi, Andalusia telah menambah lagi 4 bangunan sebagai penginapan tambahan dari hotel sedia ada 4 bangunan. 

Oleh yang demikian, semua jemaah cuti sekolah akan di tempatkan di hotel yang disediakan mengikut kekosongan hotel-hotel berikut:- 

1.  Hotel Al Haram Tower, Ajyad ( +/- 450 m ) 

2.  Hotel Royal Sultan, Ajyad ( +/- 350 m ) 

3.  Hotel Wardat Ajyad ( +/- 400 m ) 

4.  Hotel Thrawat Mensia (+/- 580 m) 

5.  Hotel Nisma  Mawadah Ajyad (+/- 580 m) 

6.  Hotel Afwaj Taubah Misfalah (+/- 500 m) 

7.  Hotel Rayhana Mawadah (+/- 480 m) 

8.  Hotel Jauharat Mira  (+/- 520 m) 

9.  Hotel Hilton – Pakej Khas (+/- 50 m) 

10.  Lain – lain hotel setaraf (+/- 500 m – 680 m) 

Semoga tuan/puan mendapat umrah yang maqbullah. 

Sekian untuk makluman. 

 

Haji Sulaiman Haji Ismail 

Pengurus Operasi Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd  

 

 

Berita Lain