Selamat Datang! AhlanWasahlan!
Ke Laman Web Umrah Ziarah Dot Com
bagi pakej UMRAH & ZIARAH kelolaan
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Dibawah bimbingan : Dato' Ustaz Hj Md Daud Che Ngah
______________________________

___________________________________________________

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
__________________________________________
NOTIS
Ini adalah laman web yang dikelolakan oleh wakil/agen pemasaran rasmi syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd iaitu saudara MOHD HASHIM OMAR. Beliau boleh dihubungi di alamat berikut ini. Sila Klik Di Sini.

Pakej Umrah 16 Feb 2010 penerbangan SAUDI AIR

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah saya selamat menyempurnakan umrah pada 16 Feb -1 Mac 2010. Terima kasih memberi perkhidmatan kepada kami. Memberi kelancaran kepada kami beribadat. Ziarah kali ini membawa lebih banyak keinsafan kepada diri saya. Alhamdulillah, bersyukur menjadi tetamu Allah.  Terima kasih kepada mutawif yang bertugas kerana tidak jemu2 bercerita dan membimbing kami di tanah suci. Syukur , alhamdulillah.

Gambar Kenangan: 1, 2, 3. Lagi gambar kenangan di Galeri Imej.

NORSAM BT ABDUL MALEK
Seremban, Negeri Sembilan


Pakej Umrah 11hb - 23hb Jan 2010

Assalamualaikum wrt

Saya salah seorang jemaah yang mengikuti pakej umrah & ziarah pada 11hb – 23hb Jan 2010; Saya dan juga kedua ibubapa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd di atas kelancaran perjalanan umrah & ziarah kami. Tak sabar rasanya untuk kembali semula mengunjungi tanah suci. Keinginan untuk kembali beribadah di Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan bersolat di hadapan Kaabah begitu kuat sekali. Tak ketinggalan juga jutaan terima kasih kami kepada mutawwif (Ustaz Afandi) yang memimpin kami di sepanjang tempoh tersebut. Beliau amat berdedikasi, bertanggungjawab & sentiasa mengambil berat ke atas semua jemaah di bawah pimpinan beliau, ianya memudahkan lagi perjalanan umrah kami. Kerinduan kami dengan tunjuk ajar, penyampaian, syair dan jenaka beliau juga amat terasa. Sekiranya dengan keizinan Allah, kami pasti akan mengunjungi lagi ke tanah suci dan ingin berada di bawah pimpinan Mutawwif Ustaz Afandi, Insya Allah.

Sekian, Wasallam.

Dari,

RR, Selangor

 


Pakej Umrah 23 Julai 2009

Assalamualaikum wbt…

Saya  dan suami berpeluang mengerjakan umrah menerusi  pakej QATAR 23/7/09 yang lepas. Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan terhadap pihak pengurusan Andalusia dia atas informasi dan kerjasama mereka sepanjang kami mengikuti kursus di sana.

Kami merasa gembira di bawah seliaan Ustaz Muhammad kerana sifat dedikasi dan tanggungjawab yang di tunjukkan beliau kepada kami amnya dan kepada kumpulan kami khususnya . Ucapan terima kasih daun keladi dari kami untuk ustaz.

Saya dan suami merasa amat berasa bertuah kerana di anugerahi Allah S.W.T dengan seorang mutawwif  yang begitu berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang luas . Oleh itu kami ingin mengucapakan ribuan terima kasih yang terhingga kepada Ustaz Apandi kerana sentiasa membimbing kami sepanjang kami melakukan ibadah umrah. Kami benar-benar teruja dengan bimbingan yang di berikan oleh Ustaz Apandi .Kami berharap agar kami di beri peluang untuk mengerjakan umrah lagi di bawah pimpinan Ustaz Apandi.

Saya berdoa kehadrat Allah S.W.T agar ibadah kami di terima olehnya dan semuga kami di jemput lagi kesana, Insyaallah, di bawah naungan Andalusia Travel and Tours . Kami merasa pihak Andalusia telah berjaya menguruskan pakej umrah dengan baik dari mula hingga ke akhir. Ucapan Syabas dan tahniah dari kami sekeluarga.

Salam dari,

Ana dan suami.

Klang, Selangor


Pakej Umrah Mac 2009

Saya telah menyertai Pakej Ziarah dan Umrah pada 16 Mac hingga 27 Mac 2009 yang lalu bersama Andalusia Travel & Tours.

Saya berterima kasih dengan pihak pengurusan yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya.


Walaupun pertama kali menjejak kali ke Madinah dan Mekah saya berbesar hati dengan bantuan petugas-petugas di Madinah dan Mekah dan bantuan mutawwif (Ustaz Afandi) yang telah banyak memberikan panduan untuk saya.

Terimakasih atas bantuan dan kerjasama dari semua. Semoga Allah membalasnya.  Insyallah, jika saya diberikan peluang saya akan ke sana lagi hujung tahun ini (Dis 2009) atau awal tahun depan (Jun 2010).


Safiudin bin Hj Abdul Advis

Kuala Lumpur


Pakej Umrah Jun 2009

Assalamualaikum... Saya Suriani wakil dari group Hjh Rose ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Andalusia Travel and Tours sdn. bhd atas kelancaran perjalanan umrah group kami bermula dari K.L-BAHRAIN-MEDINA-MEKAH-KL. Kami juga amat berpuas hati terhadap segala perkhidmatan yang diberikan oleh pihak andalusia... sangat cemerlang gemilang terbilang.

Tidak lupa pada Mutawif kami iaitu Ustaz Afandi yang sangat berdedikasi, rajin, peramah dan mesra... Jutaan terima kasih atas Pimpinan Ustaz Afandi yang turut serta berihram setiap kali kami mengerjakan umrah kami semua berasa teruja dan bersyukur atas nikmat yang telah Allah swt berikan kepada kami..

Mudah2an kami dapat sampai ke Baitulhillaram untuk beribadah disana lagi bersama pakej ANDALUSIA yang sememangnya yang terbaik..HANYA ALLAH saja dapat membalas budi baik anda semua... semoga kita semua diantara orang-orang yang Mencintai-NYA dan diantara orang-orang yang DICINTAI-NYA. Amin

Suriani

Sabah

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 >>

___________________________________________________

Ingin berkongsi pengalaman anda? emailkan kepada kami gambar dan pengalaman anda tidak lebih dari 50 patah perkataan kepada admin@umrah-ziarah.com
_________________________________________________________
Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year


__________________________________________________________
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9, Jalan Belangkas, Off Jln Kg Pandan
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
03-9283 1588






hingga



Umrah Ziarah Dot Com

EMAIL : hashim@umrah-ziarah.com

No Fax : 03-6207 1663 atau 03-8739 6135  


Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9, Jalan Belangkas, Off Jln Kg Pandan
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
No Tel: 03-9283 1588 Fax: 03-9283 7566
Waktu Pejabat : 9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin - Jumaat)
9.00 pg - 1.00 th (Sabtu - Ahad)
Kursus juga diadakan di alamat di atas pada setiap Ahad 9.00pg - 1.00th

Cawangan

MELAKA

No 19, Kompleks Peniagaan Al Azim, Bandar Bukit Baru, 75150 Melaka

Tel: 06-288 2815
06-288 2816

 


KELANTAN

Ting. 1, Wisma Gemilang, Lot No PT 338, Jln Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09-7416 290
09-7416 291