Ke Laman Web Umrah Ziarah Dot Com
bagi pakej UMRAH & ZIARAH kelolaan
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
Komen Peserta - Pakej Umrah 03 Mei 09
Assalamualaikum..
Saya dan suami baru sahaja pulang daripada umrah (SV 3/5/09) pada minggu lepas.kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih serta setinggi2 tahniah kerana berjaya menguruskan pakej umrah yg begitu efficient dan berkesan di hati2 kami semua.
di antara perkara2 yg patut dipuji adalah:
- pendaftaran melalui internet yg mudah, ringkas dan cepat dan efficient tanpa keciciran
- pegawai2 andalusia yg mudah dihubungi melalui telefon dan email
- kursus2 umrah yg diadakan pada SETIAP hujung minggu yg memudahkan kami yg dtg dari jauh mengatur jadual masing2.
- hotel2 yg dekat dgn masjid di mekah dan madinah
- makanan yg boleh tahan sedapnya
- mutawif2 yg berkebolehan, mesra dan tinggi ilmunya tentang tanah haram dan bidang umrah dan haji (eg. Ustaf Yusuf, Ustaz Anwar dan Ustaz Nordir)
pada pendapat kami hanya satu perkara yg boleh diperbaiki dlm proses umrah dan ziarah ini anjuran Andalusia ini:
- keadaan yg agak sesak sewaktu kursus yg dilakukan pada hujung minggu. mungkin tempat yg lebih besar seperti masjid berdekatan dgn pejabat andalusia akan menjadi lebih sesuai dan kondusif utk kursus2 tersebut.
perjalanan umrah kami merupakan kenangan terindah buat kami berdua. semoga anda semua diberkati Allah kerana membuat kerja2 ibadah seperti ini.
sekian terima kasih,
wasallam..
En. Suheilmy Ahmad Isa
Pn. Sarah Nur Alya Mohd Sofian
Kulim, Kedah
Komen Peserta - Pakej Umrah Ziarah Jordan 14 April 09
Assalamualaikum…
Saya bersama ayah, Ibu dan adik merupakan antara 20 jemaah yang menyertai pakej umrah & Ziarah (Jordan) pada 14/4/2009 -27/4/2009. Alhamdulillah bagi kami sekeluarga, ini bukan kali pertama kami di beri peluang oleh ALLAH untuk mengunjungi Tanah Suci Madinah & Mekah Tetapi bagi kami sekeluarga, kunjungan kami kali ini lebih memberi seribu kenangan manis walaupun kali pertama kami mengikuti pakej Umrah bersama Andalusia. Dengan pengurusan yg cekap seawal di KLIA oleh petugas –petugas Andalusia, keramahan tour guide di Jordan dan seterusnya, bantuan tunjuk ajar & panduan oleh mutawif kami di sana iaitu Ustaz Ahmad Alimin telah menjadikan urusan ibadah umrah kami Alhamdulillah, berjalan lancar dan lebih bermakna di samping ikatan persaudaraan diantara kami menjadi semakin akrab di Tanah Suci.
Terima kasih kepada seluruh keluarga Andalusia di Malaysia, Madinah & Mekah terutama mutawif kami Ustaz Ahmad Alimin diatas segala bantuan dan tunjuk ajar dan Semoga kami sekeluarga diberi oleh Allah kesempatan untuk menjadi tetamu Allah SWT sekali lagi.
Thanks & Kind Regards,
Zulie Fitrinani Binti Zulkafli
VADS Berhad
Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur
Komen Peserta - Pakej Umrah Ziarah Jordan 14 April 09
Assalamualaikum,
Terima kasih kepada pihak Andalusia terutamanya Ustadz Ahmad Alimini Al-Munir kerana memberi bimbingan yang mudah difahami oleh jemaah kami sepanjang kami berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Komen Peserta - Pakej Umrah Ziarah Jordan 14 April 09
Assalamualaikum...
Terima kasih di ucapkan kepada Andalusia diatas layanan yang bagus. Alhamdulillah saya telah selamat pulang ke tanah air dengan pakej Umrah Ziarah Jordan, Penerbangan Royal Jordan pada 14 April - 27 April yang disertai oleh 20 orang jemaah.
Kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci memberi kenangan indah dan penuh keinsafan. Mutawif Ustaz Ahmad Alimin Al- Munir telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali dan disenangi oleh semua ahli jemaah. Terima Kasih buat Ustaz Ahmad Alimin.
Dengan izin Allah ingin saya kembali ke Tanah Suci lagi..Rindu pada Nya memanggil-manggil untuk kembali mengunjungi Baitullah.Salam rindu...
Terima kasih sekali lagi buat Andalusia dan Ustaz Ahmad Alimin Al-Munir..
Ikhlas,"Never be sad for what is over, just be glad that it was once yours."
Komen Peserta - Pakej Umrah 26 Feb 09 penerbangan SAUDI AIR
_________________________________________________________
__________________________________________________________
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
03-9283 1588
|
EMAIL : hashim@umrah-ziarah.com No Fax : 03-6207 1663 atau 03-8739 6135 |
|
Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9, Jalan Belangkas, Off Jln Kg Pandan
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
No Tel: 03-9283 1588 Fax: 03-9283 7566 Waktu Pejabat : 9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin - Jumaat)
9.00 pg - 1.00 th (Sabtu - Ahad)
Kursus juga diadakan di alamat di atas pada setiap Ahad 9.00pg - 1.00th
|
|
Cawangan MELAKA No 19, Kompleks Peniagaan Al Azim, Bandar Bukit Baru, 75150 Melaka Tel: 06-288 2815
KELANTAN Ting. 1, Wisma Gemilang, Lot No PT 338, Jln Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
|



