Aturcara Am Umrah Transit Abu Dhabi

PAKEJ UMRAH (12 HARI/10 MALAM)
(PENERBANGAN ETIHAD AIRWAYS)
(Aturcara am ini adalah sebagai rujukan awal sahaja dan tertakluk kepada perubahan jadual penerbangan, perubahan masa dan lain-lain faktor semasa di luar kawalan syarikat)

HARI 1 - 5: KUALA LUMPUR – ABU DHABI - JEDDAH–MADINAH

  • Lapor diri di KLIA 4 JAM sebelum penerbangan.
  • Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass.
  • Berlepas ke Airport Abu Dhabi & Transit sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Airport Jeddah & meneruskan
    perjalanan ke Hotel Madinah.
  • Jemaah menaiki Bas ke Madinah (daftar masuk hotel)
  • Jemaah dikuarantin di hotel Madinah (3H/2M)
  • Ziarah Dalam - Maqam Rasulullah SAW dan sahabat,
    Raudhah dan Perkuburan Baqi’ dan Muzium Al-Quran.
  • Ziarah Luar - Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Medan
    Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma.
    (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  • Ziarah Pilihan (dengan bayaran tambahan) - Kilang Al-Quran
    (hanya jemaah lelaki sahaja),
    (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)

HARI 6: MADINAH – MAKKAH

  • Ziarah Wida'
  • Memakai ihram umrah di hotel penginapan
  • Bertolak ke Makkah – bermiqat di Masjid Bir Ali (umrah
    pertama)
  • Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie secara
    berjemaah dan dibimbing oleh mutawwif

HARI 7 - 10: MAKKAH

  • Ceramah Fadhilat Tanah Haram / Kewajipan Tawaf Wada
  • Sebelum Ziarah Ke Taif Dan Pendaftaran Ziarah Taif.
    (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi),
  • Ziarah Luar – Jabal Rahmah, Muzdalifah, Jamrah & Mina
    (melintasi & memandang dari dalam bas), Masjid Ja'ranah
    (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  • Ziarah Pilihan Hudaibiyah (dengan bayaran tambahan) -
    Muzium Haramain, Masjid Hudaibiyah
    (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  • Ziarah Taif – (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)

HARI 11: MAKKAH – JEDDAH – ABU DHABI - KUALA LUMPUR

  • Tawaf Wida' (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi),
  • Bertolak ke Airport Jeddah bagi penerbangan ke Kuala Lumpur (Transit di Airport Abu Dhabi sahaja).

HARI 12: KUALA LUMPUR

  • Dijangka tiba di KLIA.


NOTA:-
Turutan aturcara ini boleh berubah semasa perjalanan sebenar. Tiada jaminan bahawa pakej ini mesti dimulakan
dengan perjalanan ke Madinah dahulu dan diikuti Makkah.

PAKEJ INI TERMASUK:-
1. Tiket penerbangan kelas ekonomi
2. Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
3. Visa umrah
4. Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan
di dalam surat pengesahan aturcara.
5. Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali ziarah pilihan)
6. Umrah 1 kali dibimbing oleh mutawwif
7. Insuran berkelompok (bagi jemaah berumur 45 hari – 80 tahun sahaja)
8. Set beg pakaian seperti di dalam brosur.


PAKEJ INI TIDAK TERMASUK:-
1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
2. Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan
bagasi.
3. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau
surcaj bahan api.
4. Kos kuarantin di Malaysia & kos saringan covid-19
5. Kos kuarantin di arab Saudi sekiranya keputusan covid-19 positif.
6. Kos saringan covid-19 di Arab saudi


** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **