HARI | TEMPAT | ATURCARA |
---|---|---|
1 |
KUALA LUMPUR - JEDDAH | Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas di mana passport dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah sebelum bertolak. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai Andalusia dan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas ke hotel yang ditetapkan. |
2-3 |
MADINAH (ZIARAH DALAM/ ZIARAH LUAR) | Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah) a) Ziarah Dalam i. Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat ii. Raudhah, dan iii. Perkuburan Baqi' b) Ziarah Luar i. Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh ii. Jabal Uhud iii.Bazar kurma Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : "Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram" c) Ziarah Pilihan Penemuan Baru i. Masjid Tikar, Gua Uhud ii. Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet Jika ada masa jemaah boleh berunding dengan mutawwif untuk ziarah dengan kos tambahan. |
4 |
MADINAH - MAKKAH | Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas). Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram. |
5-10 |
MAKKAH |
(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah) sekiranya mendapat maklumat |
11-12 |
MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR | Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan. |