Rawatan Hemodialisis di Makkah dan Madinah

Maklumat Terkini & Penting Bagi Jemaah Umrah Bagi Pesakit Hemodialisis
(Rawatan Pesakit Buah Pinggang)

MAKLUMAT PENTING
  • Dokumen dialisis yang terkini 3 bulan akhir LENGKAP sebelum penerbangan
  • Dokumen dan maklumat jemaah diserah sebulan sebelum atau paling lewat 2 minggu sebelum penerbangan kepada pihak Andalusia.
  • Maklumkan tarikh rawatan di Madinah dan Makkah kepada pihak Andalusia
  • Staff perlu menunggu sehingga habis rawatan pesakit (jemaah) di Hospital Swasta Makkah kerana perlu sebagai perantaraan komunikasi antara jemaah dan doktor (pihak hospital)
  • Staff perlu menunggu sehingga habis rawatan di Hospital Madinah sekiranya perlu
  • Dokumen kesihatan tetap perlu dibawa untuk rujukan hospital swasta walaupun rawatan di hospital swasta akan buat dari A to Z
  • Kos tambang teksi termasuk kos staff Andalusia yang bersama membawa pesakit (jemaah) ke hospital

 

MAKLUMAT RAWATAN
INFO TERKINI: KOS RAWATAN DIALISIS DARAH DI MEKAH

Maklumat terkini, hospital kerajaan di Mekah yang mengendalikan rawatan dialisis darah adalah:
1. Hospital Al Noor Makkah
2. Hospital King Faisal Shisya Makkah sahaja

1) Hospital King Faisal Shisya Makkah
Bermula 1 November 2025, hospital ini telah menetapkan bayaran kepada pesakit bagi setiap rawatan dialisis (tidak termasuk tambang teksi pergi balik).
Anggaran harga rawatan sekali sesi:
• Ambil darah & rawatan dialisis: anggaran SR450

2) Hospital Al Noor Makkah
Bermula 1 Disember 2025, pihak hospital juga telah menetapkan bayaran kepada pesakit yang menjalani rawatan dialisis walaupun pemegang Visa Umrah (tidak termasuk tambang teksi pergi balik).

Anggaran harga rawatan sekali sesi:
• Ambil darah, BP dan lain-lain: Anggaran SR100
• Rawatan dialisis: Anggaran SR450
Semua bayaran akan diberikan resit rasmi oleh pihak pendaftaran hospital.

? Sekiranya slot dialisis di Mekah penuh, pegawai Haramain akan mengambil inisiatif membawa pesakit ke pusat rawatan lain bagi mendapatkan rawatan dialisis seperti berikut:

1) Al Khayyat Charitable Center for Dialysis – Makkah (Di bawah NGO & dana kebajikan)

• Ambil darah + BP dan lain-lain: Anggaran SR240
• Rawatan dialisis pertama: Anggaran SR400
• Rawatan dialisis kedua dan seterusnya: Anggaran SR400 (tanpa bayaran ambil darah)
Semua bayaran akan diberikan resit rasmi.

2) Jama'yah As-Sheefaa' – Makkah (Di bawah NGO & dana kebajikan)
• Ambil darah: Anggaran SR100
• Rawatan dialisis pertama:Anggaran SR500
• Rawatan dialisis kedua dan seterusnya: Anggaran SR500 (tanpa bayaran ambil darah)
Semua bayaran juga akan diberikan resit rasmi.

RAWATAN DIALISIS DARAH DI MADINAH
Untuk di Madinah pula, Percuma untuk rawatan dialisis darah (Visa Umrah) setakat hari ini.

Hospital / Pusat Dialisis Swasta (Makkah & Madinah): Sekitar SR1200 – SR1500 setiap sesi (Visa Umrah dan Visa Tourist)

?Peringatan kepada jemaah pesakit buah pinggang:
Jemaah dinasihatkan supaya membawa wang yang mencukupi dengan membuat anggaran berapa kali rawatan dialisis diperlukan sepanjang berada di Mekah. (SR 4,000 - SR 5,000)

Selain itu, perlu juga menyediakan wang tambahan untuk tambang teksi pergi dan balik bagi pesakit serta pengiring. Kos pengangkutan anggaran SR200-300 utk setiap sesi.
Untuk makluman semua: jemaah perlu buat bayaran pengangkutan 4 hala.
i. Pegawai bertugas hantar jemaah bersama
ii. Pegawai bertugas balik sementara rawatan berlangsung
iii. Pegawai bertugas datang semula utk ambil jemaah
iv. Pegawai bertugas balik bersama jemaah.


Pihak Andalusia tidak menjanjikan kekosongan slot untuk rawatan dialisis di hospital kerajaan kerana kebiasaan rawatan pesakit dialisis yang penuh dan padat oleh jemaah-jemaah dari negara lain juga. Pihak Andalusia akan memberikan perkhidkmatan yang terbaik untuk jemaah dialisis bagi mendapatkan tempat/slot di hospital berkenaan.