Maqam Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim a.s:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.


Zikir dan Doa :

1. Disunatkan membaca firman Allah Taala: (وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى)
Yang bermaksud: Dan kamu jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang.
2. Disunatkan menunaikan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah dan surah al-Kafirun pada rakaat pertama manakala pada rakaat kedua membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
3. Seterusnya berdoa dengan menyebut:

اللهم أنا عبدك وابن عبدك، أتيتك بذنوب كبيرة، وأعمال سيئة وهذا مقام العائذ بك من النار فاغفر لي إنك أنت الغفور الرحيم

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku hambaMu dan anak hambaMu, aku datang kepadaMu dengan dosa-dosa yang besar dan pekerjaan yang buruk dan inilah tempat perlindungan denganMu dari Neraka, oleh itu ampunilah aku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

Umrah Ziarah