Air Zamzam

Air Zamzam:

Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): "Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit".

1. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
2. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit."
3. Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
4. Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong anak-anak kecil".
5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam".
6. Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan memberi minum air Zamzam.

 

Umrah Ziarah