PEMBATALAN PAKEJ AKIBAT PENOLAKAN VISA KEPADA JEMAAH WANITA / LELAKI BAWAH UMUR TANPA MAHRAM

15-01-2013

PENGUMUMAN

PER : PEMBATALAN PAKEJ AKIBAT PENOLAKAN VISA KEPADA JEMAAH WANITA / LELAKI BAWAH UMUR TANPA MAHRAM

Sehubungan dengan isu penolakan visa bagi wanita bawah 45 tahun / lelaki bawah umur 18 tahun untuk pergi tanpa mahram, Andalusia akan hanya memulangkan SEMUA jumlah bayaran yang telah dibayar DENGAN SYARAT, set beg lengkap dan buku panduan dipulangkan semula kepada Andalusia dengan keadaan yang baik (belum digunakan).

 

Walaubagaimanapun, Andalusia TIDAK akan memulangkan SEMUA jumlah bayaran bagi ahli keluarga lain yang mengiringi wanita/ lelaki tersebut yang ingin membuat pembatalan pakej.

 

Sekiranya mana-mana ahli keluarga wanita/lelaki tersebut yang ingin membatalkan pakejnya,  peruntukan terma-terma pembatalan di bawah Jadual 4, Akta Industri Pelancongan 1992 adalah tetap terpakai.

 

Daripada Pengurusan,

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

 

Berita Lain