Tiada sekatan jemaah tunai haji, umrah

06-05-2014
2014/05/06 - 03:32:07 AM
Riyadh: Kerajaan Arab Saudi tidak menguatkuasakan secara rasmi sekatan ke atas jemaah haji atau umrah yang berumur lebih 65 tahun, kata pegawai Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi, Said Al-Ghamdi.

Beliau berkata, nasihat diberikan kepada jemaah pada usia tertentu selain kanak-kanak dikeluarkan sebagai langkah pencegahan untuk membendung penularan virus di Wilayah Barat, katanya.

“Virus korona maut itu mengakibatkan penyusutan jemaah tempatan tetapi tidak mempunyai kesan terhadap permohonan jemaah Haji dan Umrah dari luar negara,” kata Al-Ghamdi kepada Arabnews.


Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi juga tidak menerima sebarang pertanyaan daripada mana-mana misi Haji mengenai kemungkinan sekatan disebabkan virus korona itu, katanya. - AGENSI

sumber: www.bharian.com.my
 
Array