Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran melalui web umrah-ziarah.com,
sila baca dengan teliti :
- Pendaftaran ini dibuka kepada semua warganegara atau bukan warganegara Malaysia (Tertakluk kepada syarat-syarat permohonan visa Umrah)
- Deposit diperlukan selepas maklumat pendaftaran dihantar kepada kami
- Anda akan dihubungi sekiranya ada perubahan tarikh pakej dan jenis bilik dalam masa 5 hari bekerja setelah bukti pembayaran kami terima. Jika tidak terdapat kekosongan pada tarikh yang didaftarkan atau atas sebab-sebab yang tertentu, pihak ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD berhak menawarkan tarikh pakej yang lain.
- ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD berhak mengubah mana-mana perkara yang terkandung di dalam maklumat pakej tanpa notis terlebih dahulu.
BERIKUT IALAH SYARAT TERKINI NORMA BAHARU
- Tiada sekatan perjalanan ke luar negara.
- Bersedia untuk bayaran penuh untuk pendaftaran.
- Sihat tubuh badan. Sekiranya ada sejarah penyakit berat/kronik perlu dapatkan surat doktor yang mengesahkan jemaah mampu mengerjakan umrah/fit to travel.
- Digalakkan untuk pergi dalam kumpulan berdua supaya mengelakkan surcaj bilik perseorangan bagi bilik hotel.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Paspot masih sah laku lebih dari 6 bulan.
- 4 keping gambar latar belakang berwarna putih (4 x 6cm).
- Buku suntikan ACYW 135.
- Dokumen mahram jika perlu.
Jika terdapat sebarang "Error / Ralat / Masalah" di laman ini sila hubungi kami segera. Sila jelaskan masalah tersebut atau emelkan maklumat anda untuk kami daftarkan. Terima kasih.