Aturcara Beijing Muslim Tour MH
ATURCARA BEIJING MUSLIM TOUR
Penerbangan Malaysia Airlines - Aturcara 6 hari/5 malam
** Aturcara tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa**
HARI 01: KUALA LUMPUR / BEIJING (MT / MM)
Tiba di Beijing pada awal pagi, bertemu dengan Pemandu Pelancong Tempatan yang mempunyai pengetahuan tentang budaya orang Islam. Kemudian memulakan lawatan ke Dataran Tian’an Men (Tian’an Men Square) yang merupakan dataran yang terbesar didunia ianya bersempadan dengan bangunan “Chaiman Mao’s Musoleum” & Great Hall of People. Anda diberi masa untuk mengambil gambar (gambar berkumpulan) disini. Seterusnya ke Kota Larangan (Forbidden City) , ianya Istana larangan yang merupakan kediaman Maharaja China dan ianya dibina ketika pemerintahan Maharaja Liao Dinasti. Makan Tengahari di Restoran Tempatan. Kemudian menunaikan solat di masjid yang paling terkenal di bandar itu iaitu “Niujie Mosque”. Selepas Solat melawat ke Silk Show Room - Kilang Sutera & Chinese Herbal Center - Pusat Perubatan Cina. Makan Malam di restoran tempatan. Selepas makan malam, lawatan diteruskan ke Pertunjukan Akrobatik. Selepas itu,daftar masuk Hotel. Berehat sebentar di Hotel.
HARI 02: BEIJING (SP / MT / MM)
Selepas sarapan pagi di Restoran Muslim , lawatan di teruskan ke Tembok Besar China (Great Wall) dan anda akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan Tembok Besar ini. Anda diberi peluang bergambar kenangan (gambar berkumpulan) disini. Kemudian makan tengah hari di restoran muslim berhampiran dengan Tembok Besar China. Seterusnya kita solat jamak di Musolla. Kemudian bergerak pula ke “Jade Center - Kilang Jade”. Selepas makan tengahari meneruskan lawatan ke Stadium Bird Nest, Jewelery City - Kedai Barang Kemas, Cookroom Appliance Shop - Kilang Perkakas Memasak”. Makan Malam di restoran tempatan
HARI 03: BEIJING (SP / MT / MM)
Sarapan pagi di Restoran Muslim. Seterunya anda terus di bawa melawat Ke Istana Musim Panas Maharaja China (Summer Palace). Makan tengahari di Restoran Tempatan. Solat Jamak di Madian Mosque. Seterusnya melawat Pearl Center - Kilang Mutiara dan Hard Rock Café untuk membeli Cenderamata (Tshirt & Sebagainya). Makan Malam di Restoran Tempatan.
HARI 04: BEIJING (SP / MT / MM)
Sarapan pagi di Restoran Muslim. Seterusnya melawat Panda Zoo @ Ski Resort (Bermain Ski selama 02 Jam). Makan Tengahari ni Restoran tempatan. Lepas makan tengahari membeli belah di Sunny Gold Street. Makan Malam di restoran tempatan.
Nota:
Melawat Panda Zoo @ Ski Resort bergantung kepada Musim di Beijing.
Untuk Musim Sejuk @ Winter akan melawat ke Ski Resort sahaja TANPA Panda Zoo.
Equipment di Ski Resort TIDAK Termasuk.
HARI 05: BEIJING (SP / MT / MM)
Sepenuh hari membeli-belah di Xiushui Street , Hongqiao & Tianya Market dan tempat-tempat membeli-belah yang lain
HARI 06: BEIJING / KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, daftar keluar Hotel. Selepas sarapan terus menuju ke Lapangan Terbang Beijing. Tiba di Kuala Lumpur pada 1040 malam
- Aturcara 12 hari
- Umrah Biasa
- Aturcara Umrah Transit Oman
- Aturcara Umrah Cairo
- Aturcara Umrah Jordan
- Aturcara Umrah Cairo/Alexandria
- Aturcara Umrah Istanbul
- Aturcara Umrah Ziarah Abu Dhabi + Dubai
- Aturcara Umrah Ziarah Morocco
- Aturcara Umrah Ziarah Sepanyol
- Aturcara Umrah Ramadhan
- Aturcara Visa Ziarah
- Aturcara Visa Ziarah Taif
- Aturcara Ziarah Taif (Gulf)

