Aturcara Delhi Kashmir Tour

ATURCARA AM DELHI & KASHMIR TOUR

** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa**


HARI 01 : Tiba di Delhi (Makan Malam)

KUL / DEL MH 190 ETD 1850 ETA 2150

Akan disambut setibanya di Lapangan Terbang New Delhi. Berkumpul di lapangan terbang kemudian dibawa terus ke restoran tempatan untuk makan malam dan seterusnya daftar masuk hotel untuk bermalam.

HARI 02 : Delhi – Srinagar (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

DEL / SXR 9W 603 ETD 1045 ETA 1205

Sarapan pagi di hotel dan kemudian akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan dari Delhi ke Srinagar. Setelah sampai akan dikumpulkan dan dibawa ke Houseboat. Makan tengahari disediakan di dalam “house boat”. Selepas makan tengahari, lawatan bermula di sekitar Bandar Srinagar dengan melawat Mugal Gardens, Shalimar Garden (Abode of Love). “Shalimar Garden dibina khas untuk Nur Jahan daripada suaminya Jehangir pada 1616. Nishat Garden (Garden of Pleasure) memiliki pemandangan yang cantik di sepanjang tasik di pergunungan Pir Panjal. Sepanjang musim panas dan musim bunga (Mac – Oktober) terdapat pelbagai jenis bunga yang berbeza di taman tersebut. Pada sebelah petang, akan membeli belah di Carpet Weaving Factory. Kemudian kembali ke “house boat” untuk makan malam dan bermalam.

HARI 03 : Srinagar – Gulmarg – Srinagar (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan pagi di “house boat” perjalanan diteruskan ke Gulmarg. Nikmati keindahan alam semulajadi di Gulmarg yang penarik minat para pelancong sejak dulu lagi. Makan tengahari dalam suasana berkelah. Kembali ke Srinagar pada waktu petang kemudian makan malam dan bermalam di “house boat”.

HARI 04 : Srinagar (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan pagi di “house boat”, perjalanan diteruskan dengan melawat beberapa Masjid lama di Srinagar yang diperbuat daripada kayu. Kemudian dibawa membeli belah di Bazaar Srinagar. Makan tengahari dan makan makan malam di “house boat” seterusnya bermalam.

HARI 05 : Srinagar – Delhi - Agra (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

SXR / DEL 9W 604 ETD 1245 ETA 1405

Selepas sarapan pagi di “house boat”, nikmati pengalaman yang menarik dengan Shikara Ride (local Boat Cruise). Kemudian makan tengahari di “house boat” dan berangkat ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan ke Delhi. Setibanya di Delhi terus bertolak ke Agra (210km – 4.5jam). Setibanya di Agra, daftar masuk ke hotel kemudian menikmati makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 06 : Agra - Delhi (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan dengan menikmati permandangan di sekitar bandar Agra dan melawat salah satu daripada monument yang terkenal di dunia, Taj Mahal (tutap pada hari Jumaat). Dibina oleh “Mughal Emperor Shah-Jehan kepada “Empress Mumtaj Mahal. Pembinaanya dipercayai mengambil masa hampir 22 tahun untuk siap dengan 20,000 orang tenaga kerja. Perjalanan diteruskan dengan menikmati permandangan yang menarik di Agra Fort yang dibina di tebing sungai Yamuna yang terletak di tengah bandar. Pelbagai rekabentuk terdapat di bandar tersebut yang melambangkan cinta “Mughal Emperors” terhadap isterinya dengan membina bangunan yang indah. Makan tengahari di hotel. Kemudian dibawa kembali ke Delhi (239km; 5:30 jam). Setibanya di Delhi, akan dibawa makan malam di restoran tempatan. Seterusnya dibawa ke hotel untuk bermalam.

HARI 07 : Delhi – Berlepas ( Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

DEL / KUL MH 191 ETD 2310 ETA 0700 + 1

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan pagi dibawa ke Delhi (265km; 6 jam). Setibanya akan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengahari. Pada waktu petang perjalanan diteruskan dengan melawat ke Jama Masjid. Salah satu rekabentuk yang diberi oleh Shah Jahan. Jama Masjid merupakan salah satu masjid yang terbesar di India. Siap dibina pada tahun 1658, masjid ini mempunyai tiga pintu pagar, empat menara yang dua daripadanya 40m tinggi. Pelancong boleh memasuki masjid tetapi perlu diingatkan supaya membuka kasut dan memakai pakaian yang sopan sebelum masuk. Pelancong juga berpeluang untuk menaiki menara dan daripada menara tersebut pelancong boleh melihat pemandangan bandar Delhi dari atas.

HARI 08 : Tiba di Kuala Lumpur


  1. Aturcara 12 hari
  2. Umrah Biasa
  3. Aturcara Umrah Transit Oman
  4. Aturcara Umrah Cairo
  5. Aturcara Umrah Jordan
  6. Aturcara Umrah Cairo/Alexandria
  7. Aturcara Umrah Istanbul
  8. Aturcara Umrah Ziarah Abu Dhabi + Dubai
  9. Aturcara Umrah Ziarah Morocco
  10. Aturcara Umrah Ziarah Sepanyol
  11. Aturcara Umrah Ramadhan
  12. Aturcara Visa Ziarah
  13. Aturcara Visa Ziarah Taif
  14. Aturcara Ziarah Taif (Gulf)