Aturcara Kembara Turki - MH

ATURCARA TURKI TOUR

11 hari/09 malam - Penerbangan Malaysia Airlines

~ Istanbul – Bursa – Cannakkale – Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia - Ankara – Bolu – Istanbul ~

** Aturcara di bawah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa**


HARI 01 : KUALA LUMPUR – ISTANBUL – BURSA (92.24km) (Makan Malam)

Berkumpul di KLIA pada 16 Dis pada jam 9.30malam untuk urusan check-in. Jam 0020 tengah malam bertolak ke Istanbul. Tiba di Istanbul, peserta akan disambut oleh wakil kami disana.  Bertolak ke Bursa dengan menaiki ferry ke Yalova melalui Orhangazi dan Gemlik Bay (Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit). Nikmati pemandangan yang sungguh indah disepanjang perjalanan diatas ferry ini. Tiba di Bursa, daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Bursa.

HARI 02 : BURSA – CANAKKALE (281 km) (Sarapan Pagi/Makan Tengahari/Makan Malam)

Selepas sarapan, check out hotel. Kemudian meneruskan perjalanan ke Uludag Ski Resort serta menaiki Cable Car untuk Ski selama 02 Jam (Peralatan untuk Bermain Ski Tidak termasuk). Seterusnya sambung perjalanan ke Canakkale. Tibanya di Canakkale, melawat Troy City Ruins and Trojan Horse yang terkenal. Bertolak ke hotel. Makan malam dan bermalam di Canakkale.

HARI 03 : CANAKKALE – KUSADASI (398km) (Sarapan Pagi/ Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan, bertolak ke selatan untuk melawat bandar bersejarah Pergamon. Selepas makan tengahari, kita akan melawat Pergamon untuk melihat Asklepion. Bertolak ke Kusadasi. Makan malam serta bermalam di Kusadasi.

HARI 04 : KUSADASI – PAMUKKALE (209km) (Sarapan Pagi/ Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan, melawat Isabey Mosque dan seterusnya Ephesus - salah satu daripada tapak arkeologi yang terbesar yang masih ada. Kemudian, menonton ‘Live Fashion Show’ di kedai pakaian kulit (leather outlet center) dan diberi masa untuk membeli-belah. Selepas makan tengahari, bertolak ke Pamukkale yang turut merupakan salah satu tempat tarikan utama di Turki. Lawatan diteruskan ke Antique City of Hierapolis, merupakan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaaan Turki. Pelbagai artifek tinggalan sejarah dapat dilihat disini. Di sini juag terdapatmya sebuah kawasan teres air panas aneh. Daftar masuk dan bermalam di Pamukkale.

HARI 05 : PAMUKKALE – (295.53km) KONYA– CAPPADOCIA (212.08km)

(Sarapan Pagi/ Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan, check-out. Seterusnya lawatan ke bandar suci Konya dengan mengunjungi Mevlana Museum, disini peserta boleh melihat kesan kesan awal pendudukan Islam di Turki. Pelbagai barangan tinggalan Mevlana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik, dll boleh dilihat disini. Peserta akan diberi penerangan mengenai tarian Mevlana yang terkenal iaitu “Wherling Derwish” tarian dimana penarinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang!, saksikan keunikan Mevlana Museum ini. Sambung perjalanan ke Cappadocia, singgah sebentar di Sultanhani Caravanserai, iaitu salah sebuah tempat persinggahan pedagang dulu dalam perjalanan menuju ke Silk Road. Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Cappadocia.

HARI 06 : CAPPADOCIA (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

Sarapan pagi di hotel, lawatan sepenuh hari di bandar Cappadocia, bandar yang dikenali dengan nama “The Flinstone House”, Antara tempat yang akan dilawati ialah Underground City of Kaymakli, Pasabag Valley, Uchisar Village, Goreme Openair Museum serta Kilang karpet buatan tangan dan Kilang Pottery di Avanos Village, Pottery dan karpet Turki telah diakui antara yang terbaik didunia. Saksikan sendiri kehalusan seni dan proses pembuatannya. Peserta juga boleh membeli karpet atau barangan pottery ini pada harga yang berpatutan. Makan malam dan bermalam di hotel.

Optional Tour: Hot Balloon – USD 220 seorang – Sekiranya berminat.

HARI 07 : CAPPADOCIA-(214.93km) ANKARA-BOLU (139.40km)

(Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Bolu melalui bandar Ankara. Ankara merupakan pusat pentadbiran Turki yang juga dikenali sebagai “The city of Ataturk”, melawat ke Mausoleum dan Museum of Ataturk dimana peserta boleh melihat sendiri sejarah pemerintahan kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang telah menukar Turki dari sebuah Negara Islam menjadi sebuah kerajaan sekular. Sambung perjalanan ke Bolu, sebuah kawasan peranginan yang terletak di kaki gunung. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 08: BOLU – ISTANBUL (224.12km) (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul, Setibanya di Istanbul makan tengahari, kemudian masa bebas membeli belah di Grand Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia, lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 09: ISTANBUL (224.12km) (Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam)

Selepas sarapan, melawat ke Blue Mosque atau Masjid Biru yang amat terkenal dengan keunikan senibinanya, dibina oleh Mehmet Alga, anak murid kepada arkitek agung, Ibnu Sinan. Rakamkan kenangan anda disini. Sambung lawatan ke Dataran Hippodrome, satu buah kawasan peninggalan pahlawan gladiator dahulu kala, digunakan sebagai kawasan untuk acara sukan dll di zaman dulu. Selepas makan tengahari, seterusnya melawat ke Topkapi Palace, Disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya.

HARI 10 : ISTANBUL – KUALA LUMPUR (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi. Bertolak ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

HARI 11 : TIBA DI KUALA LUMPUR PADA 0940 PAGI (Waktu Malaysia)

 


Aturcara Perjalanan Pakej Umrah

  1. Aturcara 12 hari
  2. Umrah Biasa
  3. Aturcara Umrah Transit Oman
  4. Aturcara Umrah Cairo
  5. Aturcara Umrah Jordan
  6. Aturcara Umrah Cairo/Alexandria
  7. Aturcara Umrah Istanbul
  8. Aturcara Umrah Ziarah Abu Dhabi + Dubai
  9. Aturcara Umrah Ziarah Morocco
  10. Aturcara Umrah Ziarah Sepanyol
  11. Aturcara Umrah Ramadhan
  12. Aturcara Visa Ziarah
  13. Aturcara Visa Ziarah Taif
  14. Aturcara Ziarah Taif (Gulf)

 

Aturcara Perjalanan Pakej Melancong
  1. Aturcara Beijing Muslim Tour (Malaysia Airlines)
  2. Aturcara Beijing Muslim Tour (Cathay Pacific)
  3. Aturcara Kembara Hong Kong, Disneyland, Shenzen
  4. Aturcara Kembara Delhi & Kashmir
  5. Aturcara Kembara Seoul
  6. Aturcara Kembara Ho Chi Minh
  7. Aturcara Kembara Turki (Gulf Air)
  8. Aturcara Kembara Turki (Malaysia Airlines)