Aturcara Umrah Ramadhan
ATURCARA PERJALANAN UMRAH RAMADHAN
| TARIKH | TEMPAT | ATURCARA |
|---|---|---|
|
1 |
KUALA LUMPUR - JEDDAH | Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas di mana passport dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah sebelum bertolak. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai Andalusia dan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas ke hotel yang ditetapkan. |
|
2-3 |
MADINAH (ZIARAH DALAM/ ZIARAH LUAR) | Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah) a) Ziarah Dalam i. Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat ii. Raudhah, dan iii. Perkuburan Baqi' b) Ziarah Luar i. Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh ii. Jabal Uhud iii.Bazar kurma / ladang kurma Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : "Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram" c) Ziarah Pilihan Penemuan Baru i. Masjid Tikar, Gua Uhud ii. Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet Jika ada masa jemaah boleh berunding dengan mutawwif untuk ziarah dengan kos tambahan. |
|
4 |
MADINAH - MAKKAH | Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas). Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram. |
|
5-10 |
MAKKAH |
(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah) sekiranya mendapat maklumat ( perbelanjaan tambahan SR10 seorang. Jemaah dinasihatkan membawa kasut dan pakaian yang sesuai serta mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki Gua Hera' yang biasanya pada waktu malam - selepas Isha' ). |
|
11-12 |
MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR | Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan. |
NOTA PENTING
- Ceramah Agama akan ditentukan masa oleh mutawif, jemaah dinasihatkan selalu membaca nota di papan kenyataan. Antara aktiviti agama seperti berikut :
a)Ceramah agama kenapa kita sampai ke Kota Suci ini Makkah Madinah
b)Kelebihan Kota Suci Makkah/Madinah
c)Majlis Tahlil Arwah
d)Taklimat tawaf wida
- Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.
- Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.
- Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya' di dewan makan hotel di Madinah atau Mekah secara berjadual.
- Sekiranya ada jemaah yang berhasrat untuk bersedekah atau mengadakan kenduri (aqiqah/tahlil) semasa di Tanah Suci, harap dapat maklumkan hasrat tuan/puan kepada petugas Andalusia semasa di Makkah/Madinah nanti.
- Bersahur sebelum solat subuh.
- Berbuka selepas maghrib
- Aturcara 12 hari
- Umrah Biasa
- Aturcara Umrah Transit Oman
- Aturcara Umrah Cairo
- Aturcara Umrah Jordan
- Aturcara Umrah Cairo/Alexandria
- Aturcara Umrah Istanbul
- Aturcara Umrah Ziarah Abu Dhabi + Dubai
- Aturcara Umrah Ziarah Morocco
- Aturcara Umrah Ziarah Sepanyol
- Aturcara Umrah Ramadhan
- Aturcara Visa Ziarah
- Aturcara Visa Ziarah Taif
- Aturcara Ziarah Taif (Gulf)

