SENARAI ATURCARA PERJALANAN

 

ATURCARA PERJALANAN VISA ZIARAH (TAIF)

13 HARI 11 MALAM

PENERBANGAN SAUDI (SV)

(Nota : Aturcara ini adalah sebagai rujukan sahaja dan tertakluk kepada perubahan di atas budi bicara syarikat mengikut perubahan masa jadual penerbangan dan lain - lain faktor semasa di Makkah dan Madinah)

 

HARITEMPATPERKARA

 

Hari 1

 

 

Kuala Lumpur / Jeddah 

 

 

Berkumpul di aras 5, KLIA pada jam 2:10 petang. Tiba di Jeddah . Selesai urusan imigresen, jemaah akan menaiki bas ke Madinah hotel.

 

Hari 2

 

 

Madinah

 

 

 

Tiba di Madinah. Daftar masuk hotel. Selepas sarapan jam 7.00 pagi, berkumpul di lobi hotel untuk ziarah:-

a) Ziarah Dalam

i.  Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat,

ii. Raudhah, dan

iii. Perkuburan Baqi'.

 

 

Hari 3

 

 

Madinah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makkah

 

Selepas sarapan,berkumpul di lobi hotel untuk ziarah:-

b) Ziarah Luar

i.  Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh

ii. Jabal Uhud 

iii.Bazar kurma/ ladang kurma.

 

Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah  s.a.w:

"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

 

 c) Ziarah Pilihan Penemuan Baru (bayaran tambahan SR15)

i.  Masjid Tikar, Gua Uhud

ii. Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnut

 

-  Selepas solat Zohor, ziarah wida' di makam Rasulullah sebelum bertolak ke Makkah

-  Tiba di Makkah, daftar masuk ke Hotel Masyrabiah Abeer Garden dan mengerjakan umrah pertama dibawah bimbingan mutawwif.

 

 

Hari 4

 

 

Taif

 

Makkah

 

- Selepas sarapan, teruskan perjalanan untuk ziarah Taif dan menikmati pemandangan di Hada dan melawat masjid Ibn Al Abbas

- Makan tengahari di restoran tempatan , Habal Restaurant. Kemudian jemaah akan di bawa ke Syafa' and Fruit Market. Balik ke Hotel

Nota : Tarikh lawatan ke Taif tertakluk kepada pindaan.

 

 

Hari 5 - 11

 

Makkah

 A) Ziarah Luar

i.   Jabal Thur, Arafah,

ii.  Jabal Rahmah,

iii. Jabal Nur,

iv. Muzdalifah,

v.  Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah,  Ula dan Wusta)

vi. Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.

 

B) Umrah Tanaim

Ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan  seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah.


C) Waktu-waktu Lapang dan Umrah

     Selain dari mengikuti ziarah pilihan, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan

     memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

     "Pada Ka'abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu

     60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka'abah"


D) Ziarah Pilihan Jemaah

    (waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)

 

a. Ziarah Hudaibiyah (bayaran tambahan SR30)

i.  Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi),

ii. Melawat ladang unta,

iii. Tertakluk kepada pihak syarikat mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab

    Saudi, jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram)     

    dan Kiswah (kilang kelambu ka'abah),

iv. Jemaah akan di bawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.

(Lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahanSR30 seorang).

 

b. Ziarah Gua Hera' (bayaran tambahan SR10)

    Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera' iaitu

    tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas solat Isya'.

(Perbelanjaan tambahan SR10 seorang. Jemaah dinasihatkan membawa kasut dan pakaian yang sesuai serta mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki).


 

Hari 12

 

 

 

Makkah

 

Jeddah

 

 

 

-Bertolak ke Jeddah dan melawat ke Jeddah The Old Town ,  Nassif  House , Old  Houses , Alawi - Souq Al Chafee Mosque, Corniche

- Makan tengahari di restoran tempatan

- Berkumpul di Lapangan Terbang sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan.

 

 

Hari 13

 

 

Jeddah

Kuala Lumpur

 

 

- Tiba di Kuala Lumpur

 

** TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN VISA DAN KEDUTAAN ARAB SAUDI**

NOTA PENTING


1)      Ceramah agama akan ditentukan masa oleh mutawif, jemaah dinasihatkan selalu membaca nota yang di papan kenyataan. Antara aktiviti agama seperti berikut :

a)      Ceramah agama

b)      Kelebihan Kota Makkah/Madinah

c)       Majlis Tahlil Arwah

d)      Taklimat tawaf wida

 

2)     Bagi jemaah umrah wanita, sebelum berniat menunaikan umrah, sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.

3)     Sebelum meninggalkan kota Makkah, sekiranya ada keraguan, jemaah adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada mutawif samada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas apa-apa kesilapan ketika menunaikan umrah.

4)     Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya' di dewan makan hotel di Madinah atau Mekah secara berjadual.

5)     Sekiranya ada jemaah yang berhasrat untuk bersedekah atau mengadakan kenduri (aqiqah/ tahlil) semasa di Tanah Suci, harap dapat maklumkan hasrat tuan/puan kepada petugas Andalusia semasa di Makkah/ Madinah nanti.


WAKTU MAKAN

1.      Sarapan pagi selepas subuh.

2.      Makan tengahari selepas Zohor

3.      Makan petang selepas Asar (di Makkah sahaja)

4.      Makan malam selepas Isya'

5.      Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)

 

Nota : Aturcara tertakluk kepada perubahan

 






hingga



Umrah Ziarah Dot Com

EMAIL : hashim@umrah-ziarah.com

No Fax : 03-6207 1663 atau 03-8739 6135  


Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9, Jalan Belangkas, Off Jln Kg Pandan
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
No Tel: 03-9283 1588 Fax: 03-9283 7566
Waktu Pejabat : 9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin - Jumaat)
9.00 pg - 1.00 th (Sabtu - Ahad)
Kursus juga diadakan di alamat di atas pada setiap Ahad 9.00pg - 1.00th

Cawangan

MELAKA

No 19, Kompleks Peniagaan Al Azim, Bandar Bukit Baru, 75150 Melaka

Tel: 06-288 2815
06-288 2816

 


KELANTAN

Ting. 1, Wisma Gemilang, Lot No PT 338, Jln Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09-7416 290
09-7416 291