Ke Laman Web Umrah Ziarah Dot Com
bagi pakej UMRAH & ZIARAH kelolaan
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
PERSEDIAAN UMRAH AWAL YANG MANTAP DENGAN VCD
"INILAH UMRAH YANG TEPAT"
MENJIMATKAN & MENGIKUT KELAPANGAN MASA ANDA, BOLEH BERULANGKALI DIPELAJARI, BOLEH DIPINJAMKAN KEPADA SANAK SAUDARA DAN RAKAN YANG BAKAL MENUNAIKAN UMRAH.
Umrah 22 Mei - 2 Jun 2011 - SAUDI
Assalamualaikum Andalusia dan Semua kakitangan
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinya dan jempuntanya saya Abdul Azis Bin Abd Bool berserta ahli keluarga seramai 19 peserta lain dari Semporna Sabah menjadi tetamu Allah SWT dan tetamu Rasullullah SAW di Tanah Suci yang penuh barakah. Kami menyertai rombongan Umrah 22/05-02/06/2011 (SV) yang terus memasuki Kota Suci Mekah Al-Mukarrahmah melalui Lapangan terbang Antarbangsa Jeddah. Alhamdulillah kami sekeluarga ingin meluahkan rasa sukacita dan penghargaan kepada pihak Andalusia serta kakitangan di Malaysia dan di Kota Suci Mekkah Al-Mukarrahmah serta di Kota Suci Madinah Al-Munawwarah yang menguruskan perjalanan Umrah tersebut dengan cemerlang.
Kami amat-amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah memanggil, menerima dan memberi peluang kepada kami sekeluarga dapat mengunjungi Baitullah dan Kota Madinah Al-Munawarah. Pengalaman yang begitu menakjubkan, menyenangkan serta keinsafan yang mendalam dapat kami rasakan sepanjang berada di Kota Suci Mekkah dan Kota Suci Madinah dengan menghayati sejarah perjuangan Rasullullah SAW dan para Sahabat r.a dalam memperjuangan Agama Suci sehingga dapat kita rasai sehingga ke hari ini. Kami berharap semoga Allah SWT sentiasa memberikan nikmat tersebut agar ianya berkekalan didalam hidup kami hingga ke akhir hayat. Sehingga kehari ini, kasih masih merasakan keseronokan dan kenikmatannya dan berazam untuk kembali mengunjunginya lagi dimasa-masa akan datang, Insyaallah.
Dikesempatan itu juga, kami bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapatlah kami menziarahi Makam Almarhuma Bonda Hajjah Jamjura Hj. Muksan yang wafat di Tanah Suci Mekkah Al-Mukarrahmah semasa musim Haji 1430 hijrah di Makam Share'e, Mekkah Al-Mukarrahmah seterusnya menziarahi sanak saudara dari kampung yang lama sudah tidak bersua dan mereka sudah mendapat kerakyatan Saudi Arabia (Ayah Mereka berasal dari Saudi Arabia yang menjadi guru agama di Semporna Sabah sekitar tahun 1950an).
Saya juga berterima kasih kepada pihak Andalusia terutamanya kepada Mutawiff Ustaz Abdul Aziz, Ustas Alimin kerana sepanjang tempoh di sana, kami menerima layanan dan urusan yang amat baik. Rakan-rakan serombongan yang begitu prihatin terutama sekali Tuan Haji Azman Tambi Chik sekeluarga (Bandar Baru Bangi), Tuan Haji Kadis sekeluarga, Pacik Abd Hamid (Kelantan) dan lain2. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Andalusia diatas pengurusan yang cekap dan memuaskan.
Gambar kenangan: 1, 2, 3, 4, 5, 6
Wassalam,
Abdul Azis Bin Hj. Abd Bool
Semporna Sabah.
Umrah 13 - 26 Jun 2011 Gulf
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tuan / Puan
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana saya telah diberikan peluang untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah menerusi Andalusia Travel & Tours dalam usia 28 tahun ini. Saya telah berangkat pada 13 Jun 2011 di KLIA bersama-sama ibu (Pn Sharipah Nordin), ibu saudara (Pn. Jabinah Nordin) & dua orang sepupu ( Cik Noor Azlin Idirs & Ahmad Farid Idris ) mengikuti jemaah Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Kumpulan kami menaiki pesawat Gulf Air dan telah dibawa melawat ke sekitar Bandar Manama, Bahrain sebelum berangkat ke Madinah dan seterusnya ke Mekah. Kami pulang melalui Bahrain dan tiba di KLIA pada 26 Jun 2011 juga dengan Gulf Air. Kumpulan kami dipimpin oleh Ustaz Kholdun dan telah menginap di Golden Tulip Bahrain, Durrat Fayroz Madinah dan Abeer Garden Hotel Mekah.
Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan perjalanan dan semua urusan kami sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Syukur yang tidak terhingga kerana diberikan kesempatan dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah umrah dan ziarah serta bertemu dengan muslimim dan muslimat dari seluruh dunia.
Rindu di hati untuk menjejakkan kaki lagi di sana. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih diberikan kepada pihak Andalusia kerana telah menjalankan tanggungjawab sosial sambil beribadah dengan jayanya.
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia & diberikan kekuatan untuk menjadi tetamu Allah lagi pada masa akan datang.
Gambar kenangan: 1, 2, 3, 4
Mohamad Fairul Mohamad Hatim
Shah alam, selangor
Umrah 10 - 22 Julai 2011
Alhamdulillah, saya selamat menunaikan ibadah umrah pada 10.7.11-22.7.11. Syukur alhamdulillah kerana saya di berikan kesihatan yang amat baik sepanjang ibadah saya di sana. Rasa amat terharu dengan layanan pihak Mutawif di sana terutama pada USTAZ ERWAN yang telah mengetuai kumpulan kami. Saya amat bersyukur kerana telah menjadi salah satu INSAN2 TERPILIH dan di panggil serta di beri peluang untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan beribadah di Masjid Nabawi, Madinah. Saya berazam dan berdoa agar saya dapat kembali lagi ke sana.
Terima kasih kepada pihak Andalusia kerana pengurusan yang amat baik tanpa ada sebarang masalah sepanjang kami berada disana mahupun dari segi pengurusan perjalanan dari KLIA hinggalah ke Madinah & Mekah, walaupun saya hanya pergi berseorangan tanpa di temani oleh sesiapa. Alhamdulillah, saya bertemu dgn insan2 yang amat mengambil berat pada saya terutama pada Kak Azizah Kamis & suami dari Melaka dan Makcik Fatimah & keluarga dari Kedah. Terima kasih byk2 pada insan2 ini. Muga Allah sentiasa berkati dan lindungi pada mereka.
Gambar Kenangan: 1 ,2, 3, 4, 5
Wasalam.
Dari Azizah Jaafar,
Shah Alam Selangor.
Peserta Umrah Febuari 2011
Assalamualaikum wm wb
Pn Shahidah,
Apa khabar? Semoga keadaan sihat sejahtera.
Saya ingin memaklumkan bahawa datuk saya En Badrus bin Hj Idris telah menunaikan umrah bersama Andalusia pada 15 Februari 2011 yang lalu.
Datuk saya telah meninggal dunia pada 20 Julai 2011 yang lepas kerana sakit biasa, yang dianggap sakit tua. Sejak kembali dari umrah, kesihatan arwah agak menurun dengan demam dan juga sesak nafas.
Alhamdulillah, arwah telah menyatakan bahawa beliau amat berpuashati kerana dapat menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Saya sebagai cucu beliau memohon supaya sekiranya terdapat sebarang hutang arwah terhadap ahli rombongan umrah yang lalu, sila hubungi saya. Juga sekiranya arwah pernah berjanji sebarang perkara kepada ahli rombongan terutama teman-teman sebiliknya.
Sekian, harap dimaklumkan.
[Gambar Allahyarham En Badrus]
Pn Murni
Umrah 24 Mei - 6 Jun 2011 SV
Assalamulaikum,
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Andalusia di atas servis yang terbaik terutamanya ustad Alimin mutawil yang tidak jemu-jemu mengajar dan memberi bimbingan yang amat bermakna kepada kumpulan SV 24/5/2011 ke 6/6/2011. Saya dah berulang-ulang kali mengerjakan Haji dan Umrah namun pakej kendalian Andalusia, insyallah akan menjadi pilihan saya dimasa akan datang. Pengisian Umrah dan Ziarah yang dirancang membuatkan kumpulan kami mengikutinya dengan penuh minat, bersungguh dan bermakna. Insyallah Umrah kali ini merupakan Umrah yang diberkati oleh allah. Syabas dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diutuskan kepada mutawil, kakitangan dan pihak pengurusan Andalusia.
Sekian terima kasih.
Dr. Hj. Mohd Fauzi Hj. Harun
_________________________________________________________
|
|
|
Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No.9, Jalan Belangkas, Off Jln Kg Pandan
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur No Tel: 03-9283 1588 Fax: 03-9283 7566 Waktu Pejabat : 9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin - Jumaat) 9.00 pg - 1.00 th (Sabtu - Ahad)
Kursus juga diadakan di alamat di atas pada setiap Sabtu & Ahad 9.00pg - 1.00th
|
|
Cawangan MELAKA TEL:06-2882815 & 06-288 2816 KELANTAN Tel: 09-7416 290 JOHOR BHARU TEL:07-232 5633/2325624 KUANTAN 09-560 3266
|



