Profil Admin

MOHD HASHIM OMAR
ADMIN UMRAH ZIARAH DOT COM
EMAIL : hashim@umrah-ziarah.com
Hubungi Kami

 

Mohd Hashim Omar berasal dari Sabak Bernam, Selangor, Darul Ehsan. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Sg Tengar, Sabak Bernam, manakala pendidikan menengah di SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pendidikan menengah tinggi di Yayasan Anda Akedemik, juga di Kuala Lumpur. Selanjutnya beliau menamatkan kursus Diploma dalam jurusan kejuruteraan elektronik di sebuah Kolej Swasta pada tahun 1995. Oleh kerana minat beliau yang mendalam di bidang komputer dan teknologi maklumat, beliau telah mengikuti beberapa kursus yang berkaitan dengan kejuruteraan komputer, teknologi rangkaian dan Internet. Pada tahun 1998 beliau telah berjaya mendapatkan status Microsoft Certified Professional (MCP) dari Microsoft Corporation. Menyedari tentang kepentingan ilmu pengurusan peniagaan bagi peningkatan kerjaya dan peniagaan, beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pengkhususan dalam bidang permasaran.

Pengalaman kerjaya bermula dengan salah sebuah anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd (SPPK) dan beliau bertanggungjawab di bahagian Kawalan Kredit selama beberapa tahun. Selanjutnya beliau menceburi bidang teknologi maklumat selama lebih dari 10 tahun di beberapa buah syarikat pembangun applikasi perisian komputer di Kuala Lumpur. Bermula dari bidang teknikal hinggalah ke tahap operasi dan pengurusan syarikat. Dengan keupayaan teknikal dan pengurusan yang dimiliki juga telah mendatangkan keyakinan dan kepercayaan pihak pengurusan tertinggi syarikat, di mana pada tahun terakhir perkhidmat, beliau telah di amanahkan untuk membangunkan sebuah Kolej Teknologi Maklumat di Kota Jakarta, Indonesia dan projek tersebut merupakan projek perintis syarikat yang diwakilinya melangkah ke luar negara.

Pada tahun 2006 dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh Tuan Hj Ibrahim Md Sin, Puan Hjh Ida Riswana dan Dato' Ust Md Daud Che Ngah selaku peneraju Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, beliau telah berjaya membangunkan laman web UMRAH-ZIARAH.COM dan memberikan ruang pemasaran lebih meluas kepada syarikat dan pada masa yang sama memberikan kemudahan kepada para jemaah yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD PENERAJU DAN PENYANTUN JEMAAH UMRAH TERKEMUKA DI MALAYSIA.

"SEMOGA ALLAH S.W.T MENERIMA IMAN DAN SEGALA AMAL KEBAJIKAN KITA SEMUA, AMIN"

Seterusnya sila kunjungi laman utama www.umrah-ziarah.com .


CUTI SEKOLAH

SESI 2024/2025

KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

CUTI PENGGAL 1
24.05.2024 - 02.06.2024

CUTI PENGGAL 2
13.09.2024 - 21.09.2024

CUTI PENGGAL 3
20.12.2024 -28.12.2024

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
17.01.2025 - 15.02.2025

 

KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

CUTI PENGGAL 1
25.05.2024 - 02.06.2024

CUTI PENGGAL 2
14.09.2024 - 22.09.2024

CUTI PENGGAL 3
21.12.2024 -29.12.2024

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
18.01.2025 - 16.02.2025