Hotel Pajakan Andalusia Akan Dirobohkan

06-12-2011

 

06 Disember 2011

Dimaklumkan bahawa pada 15 Muharram 1433H, hotel-hotel di Makkah yang dipajak oleh Andalusia, Hijjaz Palace dan Abeer Garden di kawasan Misfalah akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Pembesaran Masjidilharam Fasa ke 3. Kedudukan hotel-hotel bertaraf ekonomi yang berhampiran Masjidil Haram selepas perobohan tersebut adalah dijangka melebihi jarak di antara 450 hingga 600 meter.

Sehubungan itu, Andalusia telah menandatangani Perjanjian Pajakan dengan hotel Al Haram Towers (Burj al Haram) di kawasan Ajyad dengan jarak lebih kurang 450m bagi menggantikan kedua-dua hotel yang dirobohkan tersebut. Al Haram Towers adalah hotel ekonomi bertaraf 2 bintang terletak di kawasan landai (tidak perlu mendaki bukit) dengan kapasiti muatan 202 bilik (757 orang) pada satu-satu masa.

Oleh yang demikian, semua jemaah yang telah mendaftar bagi penerbangan SV (Saudia), MH (Malaysian Airlines), RJ (Royal Jordanian), TK (Turkish Airlines) dan MS (Egypt Air) dan lain-lain, penempatan yang disediakan adalah mengikut kekosongan hotel-hotel berikut:-
1.    Hotel Al Haram Tower, Ajyad ( +/- 450 m )
2.    Hotel Royal Sultan, Ajyad ( +/- 350 m )
3.    Hotel Manazel al Walid, Ajyad ( +/- 400 m )
4.    Lain-lain hotel setaraf  ( +/- 500 m )

Bagi jemaah GF (Gulf Air) yang telah dijual mengikut Hotel Thrawat Mensia (+/- 580 m), akan kekal ditempatkan di hotel tersebut atau setaraf 580 – 680 meter.

Dimaklumkan juga bahawa, Andalusia tidak akan mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada jemaah yang telah berdaftar walaupun harga sewa hotel naik bertambah tinggi akibat dari projek pembesaran Masjil Haram, melainkan bagi jemaah baru yang akan berdaftar pada atau selepas 1hb Jan 2012.


Bagi jemaah yang tidak bersedia untuk tinggal di hotel ekonomi seperti jarak yang dinyatakan di atas, jemaah boleh menghubungi Andalusia untuk mendapatkan sebutharga baru bagi hotel bertaraf 5 bintang yang lebih dekat dengan Masjidil Haram seperti Makkah Hilton Towers, Movenpick, Zam Zam Tower, Dar Al Ghufran, Al Marwa Raayhan Rotana, Safwah International, Royal Iman atau setaraf dengan harga yang lebih tinggi yang dianggarkan pada harga minima melebihi RM9,000.00 seorang
Sekian untuk makluman.

Pengurusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

 

 

Berita Lain



CUTI SEKOLAH

SESI 2024/2025

KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

CUTI PENGGAL 1
24.05.2024 - 02.06.2024

CUTI PENGGAL 2
13.09.2024 - 21.09.2024

CUTI PENGGAL 3
20.12.2024 -28.12.2024

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
17.01.2025 - 15.02.2025

 

KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

CUTI PENGGAL 1
25.05.2024 - 02.06.2024

CUTI PENGGAL 2
14.09.2024 - 22.09.2024

CUTI PENGGAL 3
21.12.2024 -29.12.2024

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
18.01.2025 - 16.02.2025