1. Fasa pembukaan semula Masjidil Haram bagi tujuan umrah:-
Fasa 1 (4 Oct) - maksima 6000 rakyat tempatan & expatriat dalam KSA setiap hari.
Fasa 2 (18 Oct) - maksima 15,000 rakyat tempatan & expatriat dalam KSA setiap hari.
Fasa 3 (1 Nov) - maksima 20,000 termasuk dari warga luar KSA dari negara-negara GCC setiap hari.
Fasa 4 (1 Jan 2021) - dibuka sepenuhnya kepada jemaah luar dari negara-negara di dunia terpilih bergantung kepada tahap jangkitan COVID di negara tersebut.
2. Pada waktu Fasa 1, proses berikut adalah terpakai:-
i) Bagi setiap 20 pax dalam bas, seorang pegawai dari Menteri Kesihatan akan sentiasa mengiringi untuk memeriksa perkembangan suhu badan.
ii) Semua jemaah yang ingin masuk ke Masjidil Haram mesti mendaftar dalam apps I'tamarna sebelum dibenarkan masuk. Dikatakan dalam Fasa 4 nanti, tiada sekatan dan boleh mengerjakan umrah berkali-kali dengan syarat tahap kesihatan baik dan diluluskan melalui apps I'tamarna tersebut.
3. Dalam Fasa 1, semua jemaah yang tiba di Makkah akan perlu ada laporan negatif ujian PCR dalam tempoh 48 jam sebelum ketibaan. Tidak dibenarkan masuk tanpa laporan PCR. Sekiranya tiba melalui domestik flight tanpa laporan PCR, akan dikuarantin di hotel selama 3 hari 2 malam dan dibuat swab test PCR. Setelah laporan negatif diperolehi, barulah jemaah bebas masuk ke Masjidil Haram.
4. Setakat ini, tidak ada kawalan ziarah atau tempoh untuk berada di Makkah atau Madinah. Selagi jemaah itu negatif dlm ujian PCR, jemaah bebas untuk ziarah Jeddah, Tanaim, Hudaibiyah, Ja'ranah, Taif.
5. Kapasiti dalam bilik - bagi Fasa 1, setiap orang mesti ada ruang seluas minima 9 metre persegi. Setakat ini, peraturan tidak jelas samada bilik yang luas dari 36 metre persegi boleh memuatkan 4 pax atau bilik seluas 45 metre persegi boleh memuatkan 5 pax. Bergantung kepada keadaan dari masa ke semasa.
6. Rawatan jika didapati positif COVID - tiada maklumat jelas samada insurance yang dibeli semasa permohonan visa akan cover. Namun, setakat ini, semua pesakit COVID rakyat tempatan akan dihantar ke hospital Kerajaan Arab Saudi secara percuma. Tidak pasti samada treatment yang sama untuk jemaah umrah atau tourist.
7. Adakah syarat-syarat mahram umrah visa masih terpakai? Setakat ini, ye.
8. Adakah tourist visa masih dibenarkan? Setakat ini, ye.
9. Had umur?
Bagi Fasa 1 - tidak dibenarkan kanak -kanak di bawah 12 tahun dan warga emas melebihi 60 tahun.
Bagi Fasa 4 - belum pasti.
10. Jemaah berpenyakit - Bagi Fasa 1 - Dilarang masuk bagi jemaah yang uzur dan mempunyai penyakit berat seperti masalah jantung, masalah buah pinggang yang memerlukan dialysis atau asma/ lelah.
11. Bagi proses tawaf & saie - Berkemungkinan besar, penjarakan diantara jemaah tidak akan sama seperti yang diamalkan sewaktu musim haji. Sewaktu musim haji, hanya dibenarkan 1000 jemaah setiap kali tawaf. Di dalam Fasa 4, besar kemungkinan, penjarakan sosial tidak boleh dipraktikkan.
Berita Lain
SESI 2025/2026
KUMPULAN A : Kedah, Kelantan dan Terengganu
CUTI PENGGAL 1
29.05.2025 - 09.06.2025
CUTI PENGGAL 2
12.09.2025 - 20.09.2025
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
19.12.2025 - 10.01.2026
KUMPULAN B : Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
CUTI PENGGAL 1
29.05.2025 - 09.06.2025
CUTI PENGGAL 2
13.09.2025 - 21.09.2025
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
20.12.2025 - 11.01.2026
Sumber: KPM | Takwim