Salam kepada semua jemaah yang dihormati,
1) Dimaklumkan terdapat peraturan baru untuk semua penumpang yang tiba dan balik melalui airport Jeddah bagi semua jenis penerbangan pemegang passport visa umrah.
2) Semua penumpang akan diturunkan di pintu masuk dan keluar di terminal haji, Jeddah.
3) Di terminal ini, pegawai Andalusia tidak boleh masuk untuk mengurus tuan/ puan menaiki bas dan membuat boarding pass. Di sini hanya ada pegawai muassasah berbangsa Arab Saudi yang akan menyambut atau menghantar tuan/puan.
4) Selepas pemeriksaan imigresen, jemaah dinasihati keluar secara berkumpulan membawa beg masing-masing menaiki bas yang ditulis tanda "ANDALUSIA" mengikut arahan muassasah.
5) Semasa berangkat balik ke Malaysia, jemaah perlu berdikari menguruskan sendiri beg, boarding pass dan timbangan barang dengan dibantu oleh pegawai muasassah. Jemaah dinasihatkan tidak membawa barang berlebihan.
6) Pegawai Andalusia hanya dibenarkan menunggu tuan/puan dalam jarak 1 km di luar pagar terminal haji iaitu berhampiran dengan pintu pegawai keselamatan.
***Kesulitan yang dihadapi adalah diluar kawalan kami dan amat dikesali***
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Berita Lain
SESI 2026
KUMPULAN A : Kedah, Kelantan dan Terengganu
CUTI PENGGAL 1
20.03.2026 - 28.03.2026
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
22.05.2026 - 06.06.2026
CUTI PENGGAL 2
28.08.2026 - 05.09.2026
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
04.12.2026 - 31.12.2026
KUMPULAN B : Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
CUTI PENGGAL 1
21.03.2026 - 29.03.2026
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
23.05.2026 - 07.06.2026
CUTI PENGGAL 2
29.08.2026 - 06.09.2026
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN
05.12.2026 - 31.12.2026
Sumber: KPM | Takwim