INFO
Ziarah 5 Kota (Jeddah, Makkah, Taif, Madinah, Al-Ula)
1 malam di Al Ula
Bandar ini suatu masa dahulu didiami umat Nabi Saleh a.s yang dikenali sebagai kaum Tsamud. Allah s.w.t mengutuskan RasulNya Nabi Saleh a.s bagi mengajak kaumNya kembali ke jalan yang benar, tetapi mereka menolak.
Nabi Salleh as membuktikan kebenaran melalui mukjizat selepas kaumnya meminta keajaiban.
Keluarlah seekor unta betina dari celah sebuah batu yang besar. Mereka masih tidak percaya dan membunuh unta Allah s.w.t tersebut. Dalam tempoh 3 hari, pelbagai kejadian aneh berlaku.
Madain Saleh Hajar, Hijr, Hegra) ialah bandar kaum Tsamud iaitu terletak antara Hijaz dan Tabuk. Nama Al Hijr digunakan hingga abad ke-14M, dan sekarang lebih dikenal dengan nama Madain Saleh, yang menisbatkan pada kaumNya Nabi Saleh 'alaihissalam. Kaum Tsamud wujud selepas kaum Aad (Nabi Hud).
Mereka yang dinamakan Tsamud dengan menisbatkan pada nama moyang mereka yang memang bernama Tsamud iaitu saudara kepada Judais. Keduanya adalah anak Aatsir bin Iron bin Saam bin Nuh (as. Mereka ini termasuk dalam bangsa Arab etnik Aribah. Kaum Tsamud dikenali sebagai bangsa penyembah berhala.
Di antara kelebihan kaum Tsamud ini ialah ilmu mereka di dalam pembinaan rumah. Mereka menebuk bukit-bukit menjadi rumah mereka. Di dalam Al-Quran Allah menyatakan :Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah (Surah al-Fajr ayat 9)
Untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan lurus, diutuskan oleh Allah (s.w.t seorang lelaki yang lahir dari kalangan mereka sendiri. Beliau ialah Saleh bin Ubaid bin Maaseh bin Ubaid bin Haadir bin Tsamud bin Aasir bin Iron bin Nuh (a.s). Kedatangan beliau (Nabi Saleh) ialah untuk menyeru kaumNya agar menyembah Allah sahaja dan tidak meyekutukannya. Malangnya, sebahagian besar kaum Tsamud tetap berpegang teguh dgn amalan penyembahan manakala sebahagian kecil mengikut seruan Nabi Saleh. Lebih malang lagi mereka menyembelih unta mukjizat Nabi Saleh.
Allah menyatakan di dalam Al-Quran:"Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka dengan tanah)" (Surah As-Syams ayat 14)
Seluruh bangsa ini dihapuskan Allah. Azab yang dikenakan kepada mereka adalah azab yang belum pernah berlaku sebelumnya.
Al-Quran menceritakan tentang azab ini di dalam ayat : "Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan". (Surah Fussilat ayat 17).