Proses Tempahan 2

Bagaimana Membuat Tempahan 2

LANGKAH 2 - PENYEDIAAN DOKUMEN
Para jemaah perlu menyediakan:

Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 7 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung)
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

Dokumen Tambahan (Sila rujuk Permohonan Visa Umrah dan Ziarah untuk maklumat terkini)*

Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat Andalusia 45 hari sebelum hari penerbangan. 

 

* Jemaah yang pergi dengan datuk / bapa saudara / bapa tiri:

  • Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.
  • Letter of Consent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram dengan Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri depan pesuruhjaya sumpah berdekatan. 
  • Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.
  • Download: Klik kanan dan Save.
 
Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia:
https://sspi.imi.gov.my/SSPI/

Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

 

BAKI BAYARAN

Keseluruhan bayaran hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berangkat (60 hari sebelum bagi Ramadhan). Sila rujuk LANGKAH 1 untuk maklumat dan cara membuat bayaran. Sila simpan resit dan slip deposit yang asal untuk rujukan.

 

PENYERAHAN DOKUMEN

Para jemaah perlu menyerahkan dokumen yang tersebut di atas selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berangkat.

CARA-CARA MENGHANTAR DOKUMEN :

  1. Jemaah boleh menghantar terus ke pejabat semasa menghadiri kursus.
  2. Bagi jemaah mendaftar melalui agen/cawangan, sila hubungi agen/cawangan berkenaan. 
  3. Penghantaran melalui perkhidmatan courier seperti POS LAJU, SKYNET, DHL, NATION WIDE dan sebagainya ke alamat berikut :

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

25, 27 & 29, Jalan 1/76,
Desa Pandan, Kampung Pandan,

55100 Kuala Lumpur

 

 

MAKLUMAT KEBERANGKATAN JEMAAH

Pihak syarikat akan menghantar surat dan menghubungi jemaah 2 minggu sebelum tarikh keberangkatan.

 

PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi :

Mohd Hashim Omar melalui email hashim@umrah-ziarah.com

 

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT AM

 

 

 


CUTI SEKOLAH

SESI 2026

KUMPULAN A : Kedah, Kelantan dan Terengganu

CUTI PENGGAL 1
20.03.2026 - 28.03.2026

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

22.05.2026 - 06.06.2026

CUTI PENGGAL 2

28.08.2026 - 05.09.2026

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN

04.12.2026 - 31.12.2026

 

KUMPULAN B : Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

CUTI PENGGAL 1
21.03.2026 - 29.03.2026

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

23.05.2026 - 07.06.2026

CUTI PENGGAL 2
29.08.2026 - 06.09.2026

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN

05.12.2026 - 31.12.2026

Sumber: KPM | Takwim